Wednesday, September 22, 2010

Salah kah ku ditakdirkan lahir atas tiket anak luar nikah??



Bila kau nak kahwin ni Pian?Tak sabar la aku nak melihat aku naik jinjang pelamin,nak juga aku merasa nasi minyak nanti.

Ish,kau ni Zaid,ada jodoh,aku kahwin la. Ha,yang kau dok sibuk pasal jodoh aku,bila pula kau nak pergi Jordan?soal sambil menyuapkan sedikit nasi lemak ke mulutnya yang berada di atas mejanya.

Menurut surat itu,lagi 3 bulan dari sekarang,tapi aku kena buat persediaan yang rapi.Macam-macam kena selesaikan,passport,kelas intensif bahasa arab, dan banyak lagilah..tapi sebelum aku pergi sana,aku nak lihat kau berkahwin dulu,baru tenang hati aku.Ke situ pula kau ni Zaid,kau tu bila pula?


“Aku target kahwin kat sana la Pian! baru la seronok.Haha,melawak ja,ha makan la cepat,kita ada kelas lagi ni.”
Diambil beg yang diletakkan di atas meja tadi dan Zaid terus melangkah pergi dari café kelate yang terletak berhampiran dengan universiti mereka yang memang terkenal sejak dahulu lagi terutamanya nasi lemak dagingnya.Hubungan Zaid dan Pian ibarat adik beradik.

Faktor rumah kediaman mereka berdua yang dekat menjadikan hubungan mereka mempunyai seribu cerita gembira dan sedih.Pernah satu ketika Zaid pernah lemas di sungai sewaktu kecil,Pian yang kebetulan berada di situ tanpa memikirkan soal nyawanya terus terjun menyelamatkan Zaid dan menariknya hingga ke tebing.Sejak dari peristiwa itu,Zaid menganggap Pian sebagai abangnya tambahan pula Zaid adalah anak tunggal dalam keluarganya.


“Baiklah,memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir pelajar sekalian berada di sini,saya ingin meminta maaf atas segala tingkah laku saya sepanjang pembelajaran kita di sini dan saya juga memaafkan kesalahan kamu semua.” nada sedih Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.Pelajar kuliahnya juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan saling bersalaman.Jelas dari riak wajahnya, beliau agak keberatan untuk meninggalkan anak murid kelasnya.

Tapi,apakan daya,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Baginya,inilah antara anak murid yang terbaik pernah diterimanya sepanjang 15 tahun mengajar di universiti ini. “Err, Zaid saya nak jumpa awak di bilik saya nanti pukul 5 petang," Profesor Tajuddin sempat bercakap dengan Zaid sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.

Baiklah Prof,balas Zaid sambil melontarkan senyuman kepada Profesor Perbandingan Agama itu.

“Eh,Zaid ada apa Prof nak jumpa kau?soal Pian dengan muka yang agak risau di wajahnya."

“Aku rasa kan mesti Prof nak kahwinkan anak perempuan dia dengan Zaid," sampuk Bob rakan sekuliah mereka.
Ishh,kau ni Bob,memandai saja,mana kau tahu yang Prof kita itu ada anak perempuan yang sebaya dengan kita.

"Apa la kau ni Pian,zaman sekarang dah maju la,dah zaman informasi di hujung jari la,guna facebook saja,kebetulan hari tu aku search nama Prof dan ada juga profil anak dia kat wall Prof,apa lagi,aku terus add dia la,cantik tau!” jawab Bob dengan wajah yang yakin.

“Dah2,mengarut saja kau ni Bob!” balas Zaid dari tadi yang mendiamkan diri sejak disoal Pian tadi.

“Ha Bob,anak Profesor itu accept tak request kau tu?”tanya Pian lagi. “Ermm takpun,aku rasa dia sibuk la Pian,” balas Bob sambil menundukkan kepalanya tersimpul malu.Hahaaha,Zaid dan Pian masing-masing ketawa sejurus mendengar jawapan dari mulut Bob.

Tombol pintu bilik D502 dibuka perlahan-lahan.Berdebar-debar rasanya jantung Zaid.Bermacam-macam perkara yang melayang di fikirannya.Apa yang aku dah buat?Setahu aku assignment semua sudah dihantar.Ishh,risaunya aku. “Ya Allah,kabarkanlah kepadaku berita yang gembira.” Sempat juga Zaid berdoa dalam hatinya.

“Ha,yang kamu tercegat di situ buat apa!Mari duduk sini,sambil menunjukkan ke arah kerusi chairman yang berwarna hijau,” kata Profesor Tajuddin.

“Apa halnya Prof panggil saya ke sini?Degupan jantungnya semakin berkencang ibarat pahlawan berkuda berlari mengejar musuh.Direnung wajah Profesor Tajuddin dengan teliti.Ada saya gagal paper Prof ka?”semakin berserabut persoalan yang bermain di mindanya.Semua ini perlu dijawab dengan secepat mungkin supaya hilang kegelisahan di hatinya.

“Hurm,sebenarnya kamu tiada buat-buat apa-apa kesalahan ataupun fail paper saya.Cuma saya ada satu tawaran pada kamu.” jawab Profesor Tajuddin dengan nada yang gembira.

“Alhamdulillah,lega rasanya mendengar jawapan yang keluar di mulut Prof,” kata-kata itu terus keluar dari mulut Zaid.Matanya liar melihat apa-apa fail ataupun surat yang berada di atas meja.Tawaran apa pula Prof?Tak sabar pula nak mendengar tawaran yang diberikan kepadanya.Buat kali kedua jantungnya bernadi kencang.

“Memandangkan awak sudah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Master dalam bidang Perbandingan Agama di Jordan,saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini,” jawab Profesor Tajuddin yang menggunakan terus menggunakan perkataan kahwin tanpa mahu bermadah lagi.

Alangkah terkejutnya Zaid.Kelu seketika lidahnya…Memang terkejut mendengar kata-kata Profesor Tajuddin yang memang menjadi rakan baik ayah Zaid ketika mereka sama-sama belajar dahulu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Mesti awak terkejut kan?Begini,saya rasa awak perlu berkahwin sebelum awak menyambung pelajaran awak di sana dan calon yang saya cadangkan ini bukan calang-calang orang.Saya ada bercakap dengan ayah awak hal ini dan dia menyokong.Wanita itu ada keistimewaannya yang tersendiri dan InsyaAllah seorang yang solehah!” Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.

“Err,saya bukan apa Prof,pertama saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada Prof atas cadangan itu tetapi saya rasa belum bersedia lagi dan andaikata saya ingin membina mahligai,saya perlu menyelidik dulu latar belakangnya.” jawab Zaid dengan suara yang rendah hati.

“Hurm,tak mengapa saya boleh beri awak masa untuk memikirkan dulu cadangan saya ini.Kalau awak ada apa-apa hal, awak boleh terus menghubungi saya.Owh,saya hampir terlupa,satu lagi wanita ini juga akan melanjutkan pengajiannya di Jordan dalam pengajian syariah.”

Baiklah Prof,saya akan fikirkan dulu.Apa pun terima kasih sekali lagi atas pelawaan sambil tangannya dihulur bersalaman dengan Profesornya yang sudah berusia 50-an itu.Kakinya melangkah keluar dari bilik itu dengan meninggalkan seribu persoalan di mindanya.Pertemuan petang itu yang sememangnya singkat tapi bermakna.

Sesampainya di biliknya,dia terus menghempas badannya ke tilam yang sudah berusia 3 tahun itu.Matanya merenung kipas di siling yang ligat berputar.Terngiang-ngiang kata-kata Profesor Tajuddin siang tadi:

“saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini dan InsyaAllah dia seorang yang solehah”


    Adakah ini saatnya?Siapa wanita itu yang Profesor Tajuddin teria-ia mahu memperkenalkan kepada aku?Apa yang istimewanya dia?

Aduh,banyaknya persoalan?

Hah!

“Huh,terkejut aku!kenapa masuk tak bagi salam dulu,”ngomel Zaid pada rakannya Pian.

Saja nak menyergah kau,aku tengok kau seperti serius memikirkan sesuatu,ni mesti bab kahwin kan? Pian meneka perkara yang sememangnya melayang-layang di fikiran rakan baiknya itu.
“Entahlah,aku jadi pening memikirkan saat bahagia aku,maksud aku perkahwinan…” belum sempat Zaid menghabiskan ayatnya Pian cuba mencelah.

“Cuba kau ceritakan kepadaku apa masalah yang sebenarnya,mungkin aku boleh bantu apa yang termampu.”

Aku nak tanya kau sesuatu,andaikata ada orang yang pelawa kau mengahwini seorang wanita yang jelas sekali kau tidak mengenalinya langsung,walaupun katanya dia seorang yang solehah,apa respon kau?

“Owh,ni mesti pasal kejadian di bilik Profesor Tajuddin kan?Tekaannya benar sekali.Kalau aku,mestilah nak kena selidik latar belakang dulu!Tak kan kau tak ingat panduan yang Nabi Muhammad bagi pada kita kalau nak kahwini seseorang itu,lihatlah pada harta,keturunan,kecantikan dan agamanya,tetapi yang terbaik lihat pada agamanyalah.Kau tak taaruf dulu ka?”Tanya Pian lagi.

Perkataan taaruf yang keluar dari mulut Pian seolah-olah merungkai sedikit kekusutan yang dilandanya. “Betul juga cakap kau,aku boleh merisik dahulu supaya aku dapat tahu latar belakangnya.”Terima kasih Pian.Dipeluk erat badan rakannya itu.

Salam.Saya dah fikirkan cadangan Prof tempoh hari dan kalau boleh saya nak minta tolong Prof aturkan pertemuan saya dengan keluarga wanita itu secepat mungkin!

Mesej yang terpapar di skrin telefon Profesor Tajuddin membawa khabar yang positif.Namun ayat terakhir Zaid itu membuatkan Profesor Tajuddin sedikit risau memikirkannya.

Esok,pukul 5 petang awak datang rumah saya,kita akan bertaaruf dengan wanita itu.Jangan lupa pula
Profesor Tajuddin membalasnya dengan jawapan yang cukup ringkas.

Saya minta tolong jasa baik Profesor untuk carikan calon yang sesuai kepada Fatimah.Kesian saya tengok dia.Saya takut dia akan selalu memikirkan perkara ituLagipun Prof pun dah mengenalinya sejak kecil lagi dan banyak membantunya,ujar Pak Salih kepada Profesor Tajudin.

“InsyaAllah, saya akan cuba apa yang termampu.” balas Profesor Tajuddin.

Perbualan dengan Pak Salih itu sering mengingatkan amanah yang diberikan kepadanya.Kalau boleh,dia mahu menyelesaikan masalah Fatimah itu dengan secepat mungkin.Tapi adakah ada orang yang sanggup…Ishh …Astaghfirullah,ke situ pula aku memikir,dah masuk waktu maghrib dah pun.

Pertemuan Yang Dinanti-nantikan

Seperti yang kita rancang,saya akan memberikan dahulu gambar yang saya cadangkan pada awak.Ini dia wanita yang saya sebutkan tempoh hari.

Direnung wajah di foto itu dengan teliti.Kelihatannya dia memang seorang yang cantik,bergaya dan ada sinar nur diwajahnya.Bisik hati Zaid.

“Err,sebelum itu perkenalkan dahulu di sebelah saya ini,Pak Salih dan Mak Cik Leha.Mereka berdua ini penjaga kepada perempuan ini.Saya rasa elok kalau Pak Salih sendiri yang perkenalkan wanita itu pada kam,”sambung Profesor Tajuddin lagi.

“Nama penuh wanita itu Fatimah binti Abdullah,dia merupakan anak angkat kepada kami berdua sejak dilahirkan.”

Zaid mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang keluar dari mulut Pak Salih.

“Err,boleh saya tahu di mana ayah dan ibu Fatimah.” soal Zaid.

Saya akan beritahu perkara yang sebenar kepada kamu tanpa berselindung apa-apa,kata Pak Salih.Pak cik harap kamu boleh terima dengan hati yang terbuka penjelasan pak cik ini.

Bunyinya macam ada rahsia yang tersembunyi yang hendak disampaikan Pak Salih di sebalik kisah anak angkat mereka.Zaid kehairanan melihat riak wajah Pak Salih yang mula menitiskan air mata malah Profesor Tajuddin dan Mak Leha turut berkelakuan sedemikian.Semakin kusut fikirannya!

KIsah Sebenar

Sebenarnya,Fatimah itu dilahirkan hasil perzinaan emaknya dan teman lelaki dia 23 tahun dahulu.Dia ditinggalkan di masjid di kampung kami.Identiti ibunya dan ayahnya tidak diketahui hingga sekarang.Kebetulan pak cik yang menjumpai bayi itu dalam keadaan menangis ketika ingin menunaikan solat dan kami mengambil keputusan untuk menjadikan Fatimah sebagai anak angkat kami memandangkan kami tiada mempunyai zuriat.Kami mendidiknya penuh dengan kasih sayang dan memberikannya ilmu agama yang secukupnya agar apabila dewasa kelak Fatimah mengetahui statusnya yang sebenar,dia mampu menerima takdir ini dengan sebaiknya.

Astaghfirullah halazim,alangkah terkejutnya Zaid apabila mendengar penjelasan yang diberikan Pak Salih.Fikirannya menjadi tepu seketika.Bagaimana aku mahu menerima pelawaan sebegini rupa.Tak terlintas langsung di fikirannya akan perkara sedemikian.Mengapa aku harus mendengar kisah sebegini!

Layakkah seorang anak luar nikah mengahwini aku?Semua persoalan itu bermain di mindanya.

Melihatkan Zaid yang terdiam seketika,Mak Leha yang dari awal tadi hanya membisu mula bersuara.

Mak cik sangat kesian melihat Fatimah.Satu kampung mengetahui statusnya sehingga ada yang mencemuhnya sepanjang dia berada dalam jagaan kami tetapi Fatimah tabah dan sanggup menerima kejian orang kampung dengan sabar sekali.Mak cik sedar orang seperti Fatimah ini mesti sangat susah orang nak jadikannya sebagai isteri tetapi percayalah kami sudah mendidiknya agar menjadi muslimat yang bertakwa”Air mata yang keluar pantas di kesatnya.

“Prof harap sangat pada kamu agar dapat menerimanya.Dia mendapat pendidikan agama yang sempurna dan Alhamdulillah dia akan melanjutkan pengajiannya di bidang syariah tak lama lagi.Dan menurut perkiraan Prof,kamulah calon yang sesuai untuk diisi dalam hati wanita yang bernama Fatimah yang nyata sangat sukar ada orang yang sanggup mengahwininya kerana statusnya,”pujuk Profesor Tajuddin cuba meyakinkan Zaid.


“Beginilah,saya sangat simpati terhadap apa yang berlaku kepada Fatimah dan sesungguhnya ini ketetapan dari Tuhan dan saya meminta ruang masa yang secukupnya agar saya mampu membuat keputusan yang terakhir.” Jawapan yang keluar dari mulut Zaid nyata memberi satu sinar harapan.

Sememangnya Zaid seorang yang tenang apabila berhadapan situasi yang rumit sebegini.

Jauh di sebalik langsir ruang tamu milik Profesor Tajuddin, kelihatan seorang wanita yang berdiri di belakang langsir itu.Fatimah!Rupa-rupanya dia sedang mendengar perbualan mereka.Terpampang di wajahnya air mata yang sukar mengungkap segalanya.

“Baiklah rasanya kita sudah mencapai kata sepakat setakat ini,pihak kami akan menunggu jawapan dari awak,”ulas Professor Tajuddin yang menjadi orang tengah antara pertemuan itu.Air dan beberapa cucur jemput yang disediakan langsung tidak disentuh oleh Zaid.

Kata Putus

Kau kata nak bagi kata putus 2 minggu lagi? Tanya Pian.Eloklah kau buat solat istikharah dulu dan berdoa banyak-banyak minta petunjuk Ilahi.InsyaAllah akan ditetapkan hati kau.Kau dah bagitahu emak dan ayah kau?

Dah,mereka memberi kuasa sepenuhnya pada aku,asalkan aku bahagia nanti,mereka turut tumpang gembira.


Kini keputusan untuk menerima pelawaan itu terletak sepenuhnya pada Zaid.

Saat malam yang penuh dengan langit di sinari bulan dan bintang menjadikan pemandangan yang indah.Bait-bait zikir sentiasa diungkapkan tak kira siang atau malam.Direnung langit yang luas itu.Subhanallah,tiada arkitek di dunia ini yang mampu menjadikan sebegini.

Kelihatan muka Zaid dibasahi dengan titisan air.Wuduk untuk solat malam!Inilah saat yang indah untuk Zaid bertemu Tuhannya.Saat ketika manusia dibuai mimpi indah digunakan sepenuhnya untuk mengadu sebarang masalah dengan Tuhan.


“Ya Allah,kau berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini untuk membuat keputusan yang terbaik.Andai kata dia adalah untukku,aku redha dan andaikata dia bukan untukku juga aku redha”

“Kau dah pasti dengan keputusan kau ni,” soal Pian serius.

Aku yakin dengan keputusan ini!

Bila?Hujung bulan depan.Di kampung Permata Hijrah.Baiklah nanti saya akan maklumkan kepada mereka.Perbualan dengan Zaid petang itu amat bermakna buat Profesor Tajuddin.Dia seolah-olah mendapat suntikan semangat.Alhamdulillah,semoga mereka berdua bahagia dunia dan akhirat.
Kamu bertuah Fatimah..Dia dah setuju.

Alhamdulillah,kedengaran ucapan tahmid di bibirnya.Riak wajahnya juga berbeza.Ternyata gembira.Masih ada insan di muka bumi ini yang sanggup menerima golongan seperti aku,getus hati kecilnya..

Inilah rahmat dan kasih sayang daripada Allah.Dia sentiasa Maha Adil.Kamu kena ingat semulia-mulia manusia di sisi Allah, adalah orang yang bertakwa..hatta sekalipun orang itu hanya bekerja sebagai tukang kebun..tambah Mak leha lagi..



InsyaAllah..saya akan ingat pesan itu Mak,balas Fatimah yang sejak kecil lagi memanggil Mak Leha sebagai Mak.

Penerbangan

Tahniah,lepas ni kamu nak berbulan madu dimana?soal Bob.Mestilah di Jordan!jawab Pian mencelah..Wah,seronoknya..kata Bob..Kamu berdua ni ada-ada saja,apalagi cepat-cepatkanlah kamu berdua selesaikan.InsyaAllah.


Majlis pagi itu berjalan dengan lancar.Tetamu jemputan juga hanya dari rakan kenalan Zaid dan Fatimah serta sanak saudara Mak Leha.Ringkas dan sederhana.Tiada ‘dj’ yang diundang untuk menghangatkan suasana dengan lagu-lagu yang lagho.Tiada kompang,tiada pelamin dan hadiah tetamu juga bukannya bunga telur tetapi sengaja dihadiahkan mathurat kecil.Amat jarang sekali suasana sebegini dapat disaksikan di tanah air ini!

Kelihatan dari jauh Profesor Tajuddin dan keluarganya berjalan menuju ke meja pengantin.
Barakallahu lakuma wabarakaaliah kuma ….

"Syukran Prof."

"Bila kamu berdua akan pergi ke Jordan?" soal Profesor Tajuddin.

“InsyaAllah minggu depan,lagipun semua urusan dokumen dah selesai,”balas Zaid dengan nada gembira.
Prof nak ingatkan kamu berdua supaya sentiasa saling menasihati antara satu sama lain dalam melakukan kebaikan dan yang penting jadi mukmin yang bertakwa.

"InsyaAllah…" sahut Zaid dan Fatimah.

Assalamualaikum and good afternoon,my name is captain Haris,this flight will departure just in few minutes.For muslim,follow me to recite this prayer:Subhanallazi Sakkaralana Ha za Wama kunna lahu mukrinin...

Pesawat jenis Airbus A380 milik syarikat MAS Airlines mula berlepas meninggalkan landasannya.Bagaimana perasaan sayang sehingga saat ini?soal Zaid mahu menguji perasaan isterinya.

Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat pada Allah.Dia Maha Mengaturkan segalanya.Dia Maha Kuasa atas segalanya.

Walaupun sayang ditakdirkan untuk dilahirkan atas tiket anak luar nikah dan dibuang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi itu bukan penamat segala-galanya dalam kehidupan sayang.Itu juga ujian buat kita.Kadang-kadang bila difikirkan nasib yang menimpa diri ini,bagaimanakah pula dengan berjuta anak luar yang terhasil?

Mereka pasti tertanya-tanya susur galur mereka.Di mana ayah?Di mana ibu?Bagaimana mereka mahu membina kehidupan mereka?Apa pula pandangan masyarakat terhadap golongan seperti kami yang ditinggalkan ibu begitu sahaja.Titisan air mata mula membasahi pipi Fatimah.

Pantas Zaid mengambil hujung tudung Fatimah untuk mengesat air mata hidayah seorang hamba yang diuji kehidupannya.
Sudahlah,jangan dikenang sangat peristiwa lalu,janganlah kita suka menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi,tapi atas kesilapan manusia sendiri yang tak mahu mengikut petunjuk Ilahi.


Semua ini ada hikmahnya,yang penting kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang bertakwa dan selalu meminta keampunan darinya.Tapi ingat tugas kita nanti untuk mendidik masyarakat..Malam itu dalam perjalanan yang penuh mencabar di bumi anbia itu Fatimah terlena dalam dakapan suaminya yang tercinta.

No comments:

Post a Comment