Saturday, November 6, 2010

Tiada sogokan sepanjang kempen DUN Galas: Awang Adek

 assalamualaikum n salam sejahtera..
Dc terbaca news semalam n terjumpa berita ne..ermm..asyik tuduh menuduh jer la..adushh..cmne nak bersatu mcm ne..adess,...korang baca lah kat bawah ne yer:)
========================================

BACHOK: Tiada sebarang bentuk ugutan, sogokan dan tekanan terhadap pengundi sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dipraktikkan oleh jentera Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang didakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek
Hussin, berkata kempen yang dijalankan lebih bersifat sederhana dan berhemah ke akar umbi berbanding parti lawan yang mengambil pendekatan yang lebih agresif.
"Sudah menjadi kelaziman bagi kepimpinan PAS dengan modal 'lapuk' tiada
demokrasi dan keadilan sekiranya mereka tewas dalam pilihanraya," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan kempen gotong-royong basmi nyamuk aedes di sini,
hari ini. 
Lebih 500 peserta terdiri daripada penduduk setempat, kakitangan Pejabat
Pelajaran Daerah Bachok, Pejabat Kesihatan, Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Pejabat Bomba dan Penyelamat Bachok, mengambil bahagian dalam gerak kerja
itu.
Awang Adek mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam antara lain didakwa
berkata, BN akan menanggung dosa jika rakyat memilih parti itu kerana tekanan
dan bukan membuat pilihan secara bebas.
Nik Aziz mendakwa BN tidak memberi peluang kepada rakyat memilih wakil
rakyat secara demokrasi.
Pada pilihan raya Khamis lalu calon BN Abdul Aziz Yusof menang dengan
majoriti 1,190 apabila memperolehi 5,324 undi berbanding calon PAS, Dr Zulkefli
Mohamad, yang memperolehi 4,134 undi.
 Awang Adek berkata, sepanjang kempen berkenaan BN tidak membuat janji tertentu tetapi
yakin mampu melaksanakan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan permintaan
rakyat selepas mandat kemenangan diberikan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment